Salam ukhwah dan mahabbah dilimpahi kasih Ilahi

Khusus buat putera-puteri Islam sejati; 
Semoga Allah mengikat antara hati-hati kita dengan ikatan ukhwah fillah yang telah dijanjikanNya untuk beroleh limpahan kasihNya,

Rasulullah SAW bersabda; “Allah berfirman: cintaKu pasti akan mereka perolehi bagi orang yang saling mengasihi kerana Aku, saling mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku”.
Sahabatku
Pada hakikatnya setiap diri Mukmin telah Allah tautkan dengan ukhwah fillah, asal saja kita memiliki hati yang dipenuhi taqwa serta ikhlas. Ini bermakna ukhwah fillah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Tidak ada ukhwah tanpa keimanan dan tidak ada keimanan tanpa ukhwah. Ukhwah tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan disebabkan kepentingan tertentu dan saling bertukar budi. Manakala keimanan tanpa ukhwah adalah keimanan yang kurang sihat dan memerlukan pengubatan.
Rasulullah SAW ada bersabda;
Janganlah kamu saling memutus hubungan, Janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling berbenci-bencian, dan janganlah kamu saling berhasad-dengki. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seseorang Muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”.(HR Bukhari dan Muslim)
Ukhwah fillah (persaudaraan Islam) bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan harta dan juga bukan warisan dari ibu-bapa. Ianya merupakan kesatuan roh yang disaluti cinta suci dan dilimpahi kasih Ilahi. Semua ini dalam bentuk rahsia yang Allah kehendaki. Tautan dan jaringan rahsia ini mampu menguasai dua hati mukmin yang belum pernah bertemu dan berkenalan sebelumnya.  Mereka secara ajaib merasai tali persaudaraan yang mengikat antara satu sama lain. Tidak sanggup berpisah dan tidak sabar menunggu untuk bertemu kembali. Mereka sama-sama merasai nikmat kesetiaan dan persaudaraan. Maha Suci Allah yang telah mempersaudarakan setiap hati mukmin dengan aqidah Islam. Ikatan ini begitu teguh terpelihara di sisi Allah. Tiada sesiapa pun dan apa jua kuasa pun yang dapat memutuskannya, selagimana individu terbabit mempertahankan keimanan dan ketaqwaan.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai-Nialai Murni dalam Era Globalisasi

KERJA UNTUK DIPUJI