Akidah dalam Islam


Pengenalan kepada Aqidah

Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...."

(Surah Yusuf : 40)

Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku

hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)

Peranan Aqidah

Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir- anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh

Comments

Popular posts from this blog

Nilai-Nialai Murni dalam Era Globalisasi

KERJA UNTUK DIPUJI